Antara kaedah untuk menambahkan kuantiti air mani adalah melalui pemakanan seharian kita. Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan tahap umur seseorang. Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki menjadi mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan air mani yang banyak. Bagaimanapun, air mani akan berkurangan jika seseorang lelaki kerap melakukan persetubuhan atau onani.
Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosterone memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi tadi menjadi kurang seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit.
Banyak perkara yang boleh mempengaruhi peningkatan jumlah air mani seperti makanan dan makanan tambahan. Lelaki menghasilkan dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali klimaks. Jika kerap klimaks, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak 1/2 ml atau hanya beberapa titik.
Antara kaedah untuk meningkatkan kuantiti air mani anda adalah melalui.....
Perbanyakkan minum air kosong. Sekurang-kurangnya 4 liter sehari.
Daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Daging ayam, daging merah dan ikan tuna mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L- Camitine yang penting untuk penghasilan sperma.
Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma.
Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian, zink dan selenium.
Bijirin seperti oat dan granula, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik yang tinggi.
Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah betik dan nangka mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma.
Walaupun kandungan kuantiti air mani seseorang itu dalam paras yang normal tetapi bukanlah menjadi satu ukuran prestasi seksual seorang lelaki berada di tahap yang baik. Untuk memastikan prestasi seksual sentiasa dalam keadaan baik, anda perlulah menjalani cara hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang berkhasiat atau anda boleh mencuba produk VOLCANO500 yang telah terbukti berkesan untuk memastikan hayat dan tenaga alat vital lelaki anda sentiasa dalam keadaan lebih bertenaga!
VOLCANO500-Kapsul Tenaga Vital Lelaki, menjamin kesihatan & prestasi seksual secara optimum!